TIPS :-Jimat !   untuk  kongsi bersama.


 Socket oulet yang ada di rumah kita, ada dua jenis yang "double" atau yang"single".Saya nak syorkan, yang nak pasang yang baru terutama yang "double" tu .Pasang lah yang "individual"(single/single) masksudnya seperti  gambar dibawah.Sebab apabila ada kerosakan pada satu socket oulet jenis yang fix double tu , kita terpaksa ganti satu set. jika yang jenis single tu pula, hanya perlu ganti yang rosak sahaja. dapat lah jimat.

Semua peralatan elektrik ada jangka hayat dan "maintenance" atau ganti yang rosak /terbakar perlu di laksanakan dari masa ke semasa.Jadi harap tips in dapat membantu.

Disyorkan pasang jenis ini!


CARA UNTUK JIMAT KERJA PENDAWAIAN

Keadaan ekonomi sekarang semua orang mengeluh tentang duit semakin hari semakian kecil nilai. Sebenarnya bukan duit semakin kecil nilainya, cara kita uruskan duit itu yang mustahak.

Apabila kita masuk rumah baru atau pejabat baru kita mesti kena ada tambahan untuk kerja elektrik kan , tambah pluglah lampu lah dan sebagainya.Langkah pertama :'

1.Rancang berapa banyak tambahan yang di perlukan.

2. Budgetnya berapa !!!!!

3. Pasti dapat sebanyak sebutharga yang boleh dan buat bandingan. Ingat bukan semua murah itu baik.

4. Dapatkan harga yang patut ia itu yang tengah.

5. Dapatkan kontraktor yang daftar dengan suruhanjaya tenaga malaysia. dan berpengalaman.

6. Tanyakan pada kontraktor jenis kabel yang digunakan ,alat kelengkapan akan di pakai dan suis jenama ada sirim atau tidak.

7. Apabila siap kerja pendawaian jangan bayar habis bayaran ,minta tempoh jaminan untuk seminggu dan apabila tiada ada masalah baru buat pembayaran habis.Biasa tahan wang kontraktor sebanyak 5% dari jumlah kerja.